Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) muda yang baru mengambil alih syarikat hartanah milik arwah bapanya sedang memandu laju di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Dia memandu agak laju dengan kereta BMW yang baru sebulan dibelinya. Sampai di satu kawasan dia memperlahankan kereta sambil memerhatikan seorang kanak-kanah di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan. Kanak-kanak itu melihat sesuatu sambil tangannya mengesat matanya yang berair.
Sebaik sahaja kereta BMW melintasi kawasan itu, anak kecil berusia 12 tahun itu tidak kelihatan tetapi seketul batu sebesar penumbuk dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kiri kereta mewah itu. Eksekutif muda tersebut menekan brek dan berundur ke tempat di mana anak kecil itu berdiri. Dengan marah dia keluar dari kereta dan terus meluru ke arah anak itu. Dia menariktangan anak kecil itu dan menghentakkan badannya ke kereta.
Dia terus memaki hamun budak itu:"Hei,budak,tak de akal ke! Tengok kemek kereta ni! kau tahu tak berapa harga kereta ni! Mahal tau! Hei,kau dengar tak! Kenapa kau buat semua ni! Mak bapak kau ke yang ajar?!" Jerit eksekutif muda berusia 28 tahun itukepada kanak-kanak yang berpakaian comot.
Anak kecil itu tertunduk sedih, sebak dan memohon maaf."Saya mintak maaf,bang! Saya tak tahu nak buat apa lagi! Saya melontar batu kerana tidak ada orang yang berhenti apabila saya panggil. Semuanya buat tak peduli..!"
Dengan linangan air mata dia menunjuk ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu ibu saya,dia jatuh dari kerusi roda dan terpelosok ke dalam longkang. Saya tak kuat nak angkat. Boleh tak abang tolong saya, ibu saya lumpuh dan cedera..."
Dengan rasa terharu, eksekutif muda itu melepaskan anak kecil dan terus pergi ke arah longkang untuk mengangkat ibu budak itu dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Dia membuka dompet dan menghulurkan wang kertas rm50 kepada kanak-kanak itu.
"Terima kasih bang. Saya doakan abang selamat dunia dan akhirat..!"kata budak itusambil mengesat air matanya.
Tidak dapat digambarkan dengan perkataan, eksekuti muda itu hanya melihat dengan sayu. Anak kecil tersebut menyorong ibunya yang lumpuh dan cedera melintasi jalan dan pulang ke rumahnya. Alangkah mulianya anak sekecil itu menjaga ibunya hingga dia turut mendoakan agar dirinya selamat dan hidup sejahtera.
Eksekutif muda itu berjalan perlahan ke arah keretanya. Dia melihat tingkap kereta BMW yang lekuk dan bercalar itu. Dia menyapu-nyapu dan membiarkan sahaja tanpa dibaiki sehingga kini untuk mengingatkannya supaya tidak terlalu terkejar-kejar dalam kehidupan dan tidak perlu sombong dengan harta dan kedudukan...
Friday, April 15, 2011
Kisah Anak Kecil dgn CEO Muda yg Angkuh
Posted by Super Senior at 7:21 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment