seorang ibu yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang berada..
mendapat ilmu pengetahuan yang sangat terhad..berkahwin dengan seorang yang juga bukan orang kaya dan tidak menamatkan pengajian diperingkat tertinggi tapi mempunyai kemahiran..
mendapat cahaya mata yang diharapkan dapat menjamin masa depan keluarga mereka..
anak itu dijaga dgn penuh perhatian dan kasih sayang..mereka cuba untuk memenuhi kehendak anak mereka namun apakan daya kesempitan hidup memaksa ibubapa itu menidakkan permintaan anak mereka..anak itu tidak dikurniakan IQ yang tinggi tapi sekadar cukup untuk tidak terlalu mengecewakan keluarga itu..anak itu mencuba sedaya upayanya untuk memberikan kesenangan kepada ibubapanya..tapi nasib tidak menyebelahi anak itu kerana apa yang diharapkan tidak dapat dia perolehi lantas ibubapanya sangat berdukacita..
ibubapanya kerap mengungkit bahawa sangat susah untuk membesarkan anak itu,sangat membebankan untuk mendewasakan anak itu,terpaksa berhutang untuk menyara anak itu..
persoalan dilontarkan kepada anak itu mengapa dia tidak boleh berusaha memberi kejayaan kepada orang tuanya..
si anak tiada jawapan kerana bagi nya dia telah memberikan yang terbaik untuk ibubapanya..
si anak binggung memikirkan bebanan orang tuanya,leteran dari orang tua nya apakah yang harus anak ini lakukan??
anak ini amat menyayangi ibubapanya,tidak mahu mengecewakan ibubapanya,berusaha untuk bhagiakan orang tua..
tapi apakan daya IQ nya tidak membantu..
salah kah anak itu tidak brrjaya??
salah kah anak itu IQ nya rendah??
mengapa harus disalah kan anak itu jika tidak mampu menemui kejayaan yang diharapkan??
mengapa harus diungkit segala yang telah diberikan kepada anak itu??bukankah anak itu amanah dan harus dijaga dgn baik dan tidak dianggap sebagai beban??
apakah yang akan terjadi kepada anak itu??
-anak itu akhirnya menjadi gila,pemikirannya terganggu kerana tertekan...
mahukah anda memiliki anak yang diharapkan membina masa depan yang lebih baik tapi gagal ditengah jalan kerana sikap anda yang tidak pernah memikirkan perasaan anak anda??
sebagai ibu bapa hargailah anak anugerah tuhan dan sebagai anak hormatilah ibu bapa,tanpa mereka tiadalah kita melihat dunia..
#peace:mi_sue
Friday, June 29, 2012
nasib diri
Posted by Super Senior at 8:15 AM 0 comments
Sunday, June 24, 2012
kerinduan...
assalammualaikum...
first time nk buat ni..hakhaks
rindu sangat kat suse..
klau dlu ade la geng nk share perasaan..
luah masalah..afta tu mesti dapat kata2 cket dri suse..
hmm...
#misue
Posted by Super Senior at 8:15 AM 0 comments
Friday, October 14, 2011
Menempuhi Alam Dewasa..
semester 1 hampir berlalu..lecture terakhir pon baru abis tadi. minggu depan da study week. then, ade PSPM(peperiksaan semester program matrikulasi). pspm nilah antara hidup n mati aku kat sini..nasib la lau dpt pointer 1.3 (cam mid sem ari 2) memang da terang lagi bersuluh aku akan keluar dgn cara yg terhormatnya dari sini. ya Allah,sempat ke aku nak cover 15 chapter stiap subjek ni..?
itu satu hal..
lain hal psl kwan aku lak. asalnye kitorang berlima. tapi da split up 3 dan 2. apa psl..?aku pon x taw cte sbnar2nye..semuanya psl sorang ni yg sensitif thp gaban.baru sebulan kot kwn,tetibe ade misunderstand n smpai skrang x bertego sapa..mslah kcik je kot..!mcm2 aku da wat nk unite kan blek,tp x jd pon..!sudahnya,aku mlas da.bialah diorang,aku da nasihat skati ko la..cam bdak kcik je..k'mon la,umo da 18,matang la sket..!hai,tp akhirnya,aku yg jd mangsa..kwn aku yg sensitif gle 2 la yg tarik2 aku.lgsung kitorang berpisah..dye jenis orang yg nk ikot kpale dy je,so aku cam kuli ikot je ckp dye..at last,roomate aku nasihat renggang2 la sket ngan dye,x kan nk berkepit je 24 jam..tp aku x bole la..nti msti aku x sampai ati..huhu.......
itu satu hal...
hal lain lagi...masalah remaja yg biasa kita dengar..n aku x sangka aku akan lalui jugak masalah ni.ingat lagi x izzul..?aku still in contact ngan dye smpai skrang..so segala kehidupan dye ak taw.even dye pon taw psl aku.kitorang borak smbil bertuka2 cite..memg la kan..tp skang mcm jd mkin worse je..kdg2 aku rasa cam kitorang ade pape,tp kdg2 x..hbungan kitorang cam tergantung..n aku rasa terikat ngan hubungan yg x nyata ni..itu apa yg aku rasa,x taw la klau dye pon dpt rasa ape yg aku rasa..hakikatnya,aku suka dye..tp aku taw apa yg kitorang wat ni salah..even x berjumpa,x dating,kitorang sms je..tp tetap salah sbab da mendatangkan rasa yg luar biasa..aku taw 2...so,aku sbnarnya da nekad nk ptoskan hbungan ni,tp aku x bole la wey..korang x taw cane aku mesej ngan dye tiap2 ujung minggu ni..huhu...aku da ckp ngan sorang kwn paling baik aku kat kolej ni mrangkap konsultan aku,dye kate aku x ptot clash ngan dye sbab dye kate dy taw melalui mesej aku ngan izzul yg dye bace mnunjukkan yg izzul pon suka kt aku..itu apa yg dye kate.tp aku x caya smpai aku dgr sndri ngan telinga aku ni izzul ckp cm2..tp klau one day dy ckp cm2 ape aku nak wat eh..?
Masya-Allah..sukarnya hidup ini...
Yg benar,
afiqah
Posted by Super Senior at 12:10 AM 0 comments
Friday, July 8, 2011
SALAM UKHWAH WAHAI SAHABATKU.......
SALAM.....
wanita solehah itu aurat dijaga,
pergaulan dipagari,
sifat malu pengikat diri,
seindah hiasan di dunia ini
keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada wajahnya,
kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya
daya penarik wanita solehah itu,
bukan terletak pada kemanisan bicaranya,
yang menggoncang iman para muslimin,
dan bukan terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah,
memujuk rayu
BUKAN ,& TIDAK SAMA SEKALI!
kehebatan wanita solehah,bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agamanya......
sumber :PERMAS UITM SEGAMAT
oleh : Najwa.....
Posted by Super Senior at 9:00 PM 0 comments
Tuesday, April 26, 2011
TANDA-TANDA KORANG CUBA DIPIKAT
PERNAH KENA NGURAT..?SAMA ADA LELAKI ATAU PEREMPUAN ATAU DI ANTARANYA...PELUANG UNTUK DIPIKAT,DIGODA,DIURAT ATAU SEANGKATANNYAGERENTI ADA. KORANG BOLEH PERASAN KALAU ADA ORANG YANG CUBA MASUK JARUM DENGAN PETANDA FIZIKAL DIORANG. MEH BACE...
- Mula-mula mesti diorang cuba mintak nombor phone korang dengan berbagai cara dan helah sama ada secara direct atau melalui kengkawan korang...
- Lepas dapat nombor phone, diorang mula buat-buat salah hantar mesej atau silap dail. Ada jugak siap tanya biodata empunya nombor phone tu..
- Seterusnya, diorang akan selalu mesej korang. Tanyakan khabar, dah makan belum, dah mandi ke, yang lebih dahsyat lagi pukul 2 3 pagi pon nk SMS. Dalam ngantuk-ngantuk tu pon boleh kata mata masih segar lagi..
- Lepas tu pulak, dah penat-penat mesej ngan korang, dia akan terus call korang. Konon bercakap lagi save dari SMS...
- Dah rasa kukuh sikit cubaan memikat tu, dia akn ajak keluar. Keluar gi makan ke, keluar temankan diorang beli belah ke, ape ke. Memang pandai diorang ni dalam bab-bab mengajak keluar. Kalau tak de kareta tu, sanggup pinjam kereta kawan atau menyewa...
- Bila dah lame sikit kenal dia tukar pulak status panggilan dalam mesej. Bucuk laa,comot la, sayang la, abang la, dan macam-macam lagi la panggilan..
- kendian mula start mesej-mesej nakal. kononlah nak kebih mesra dan bermanja la tu..
- Akhir sekali, dia betul2 nak pikat korang, dia akan melamar korang dengan melafazkannya sama ada dalam telefon je, ada yang bersemuka ketika makan, ada yang sanggup datang waktu malam sebab nak bersaksikan bulan...
Ha..ini adalah tips yg sye peroleh dr majalah ujang...
Posted by Super Senior at 8:47 AM 0 comments
Wednesday, April 20, 2011
Wanita Hiasan Dunia
Alkisah, Allah memerlukan waktu yang cukup untuk menciptakan wanita. Padahal boleh saja Allah mengatakan “Kun, Fayakun”. Jadilah, maka jadi. Tetapi Allah Maha bijaksana, memberikan pelajaran dan pengajaran kepada manusia bahawa apapun yang hendak dibuat harus tersedia waktu yang cukup dan perlu proses.
Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan makhluk yang bernama wanita ini?"
Allah menjawab : "apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki 200 organ yang selalu bergerak agar mampu menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangankan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang dapat menyembuhkan sakit. Dia harus mampu melakukan segala sesuatu dengan kedua tangannya."
Malaikat terkejut dan berkata : "hanya dengan dua tangan? Ini adalah hal yang mustahil!"
Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. Lalu kepada Malaikat, Allah berfirman : "tunggulah sampai esok, Aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar! Ciptaan ini akan segera selesai, Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia mampu menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia mampu bekerja sepanjang hari dan malam."
Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Tuhan, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"
Allah menjawab : "Ya, Sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak mampu menggambarkan sampai mana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar.”
Malaikat bertanya : "Apakah dia mampu berfikir?"
Allah menjawab : "Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia pandai berdialog dan juga berdebat."
Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah : “Tuhan mengapa pipinya ranum berkilau?"
Allah menjawab : "Itu bukan semata-mata ranum dan berkilau. Disitu tersimpan airmata, dan disitu terletak banyak beban berat."
Malaikat bertanya : "Mengapa mengalirkan airmata?"
Allah menjawab : "Airmata adalah satu-satunya cara untuk melepaskan beban. Mengalirnya airmata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan, dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya."
Subhanallah!! Wanita adalah Maha Karya Allah yang Maha Agung. Wanita adalah karya besar Allah yang maha indah dan menawan. Wanita adalah keajaiban dunia. Lebih ajaib dari keajaiban dunia yang anda kenal. Wanita satu bentuk, beribu keajaiban yang menyertainya.
Hebatkan wanita? Hargailah sementara mereka mengasihi kita. Semua orang tahu wanita, tetapi tidak semua orang mengerti wanita. =)
Posted by Super Senior at 8:17 PM 0 comments
Tuesday, April 19, 2011
14 Februari:Valentine atau Adnan Saidi
Terserahlah, sama ada untuk bergembira dengan Saint Valentine (Valentine's Day) yang tiada dalam sejarah tempatan, atau terharu dengan The Last Man Standing dalam sejarah keberanian dan kepahlawanan Melayu, sehinggakan ke tahap pertempuran menggunakan benet dan akhirnya gugur sebagai bunga bangsa.
Mari baca riwayatnya melalui Wikipedia.
Kompeni 'C' menerima perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baharu - Pt. 226, Bukit Candu. Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan Leftenan (Lt.) Adnan Saidi, menjadikan jumlah keseluruhannya 42 orang.
Selepas meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan memerintahkan orang-orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.
Pada awal petang 14 Februari 1942, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Adnan Saidi yang ketika itu berusia 27 tahun, memantau kontinjen tentera Sikh daripada Tentera British India (British-Indian Army) mara.
Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan fikirannya membolehkan Lt. Adnan perasan sesuatu tidak kena apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.
Menyedari helah tersebut, Lt. Adnan Saidi dan anak buahnya melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Lt. Adnan Saidi dan tenteranya.
Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Askar Melayu bertempur dengan gagah berani sehingga gugur. Walaupun Lt. Adnan terkorban, lebih daripada 800 askar yang telah dibunuh oleh Lt. Adnan dan regimennya. (Sumber: Wikipedia)
Maka, apabila tiba 14 Februari, ingatlah Lt. Adnan dan Kompeni C nya yang pernah memalukan tentera Jepun yang kononnya hebat dengan kamikazinya. Yang kononnya hebat dengan Shogun dan Ninjanya.
Semoga Allah Taala Yang Maha Pengasih menempatkan wira-wira ini ditempat orang-orang yang mati syahid. Amin.
Al-Fatihah buat bunga-bunga bangsaku.
Artikel iLuvislam.com
p/s:cube teka sape post artikel ni..^_^
Posted by Super Senior at 11:25 AM 0 comments